CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

falling love

Thursday, February 5, 2015

HIJRAH LAGI...2015

 
PADA 16.12 2014 mama telah melapor diri ke sekolah baru...SK Jaya Gading, Kuantan..mama telah diberi amanah yang lebih berat untuk dijalankan..mama telah berubah position dari GPM kepada GPK HEM...Alhamdulillah..mama akan cuba memberikan khidmat yang terbaik seperti yang telah diamanahkan..Aminnn..maaflah jika lama tidak dapat membaca coretan mama..mama sedang dalam proses adaptation dengan post baru ni..Apapun mama memang happy mencuba sesuatu yang baru..setelah 7 tahun menjadi KP panitia sains, pernah menjadi JU sains...kemudian mencari cabaran baru dengan menceburi bidang perpustakaan dengan post Guru perpustakaan dan media...setelah mengikuti kursus asas, pertengahan dan lanjutan....menjadi guru cemerlang sains pada tahun 2008 dan akhirnya mama masuk pulak ke bidang pengurusan sekolah iaitu Hal Ehwal murid...Apapun doakan yang terbaik untuk mama..
 
 
Gambar dibawah ialah sempena lawatan Datin Seri Rosmah Mansor ke sekolah mama pada 15.1.2015..cabaran betul.. baru posting dah dapat satu tugasan yang memberi banyak pengalaman kepada mama dalam membantu Guru Besar untuk menguruskan kedatangan tetamu VVIP..apapun Alhamdulillah..dapat berjalan dengan lancer.
 
 












0 comments: