CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

falling love

Friday, February 13, 2015

Tabahlah wahai Abah


6.2.2015...16 rabiulakhir
Hari ini seorang suami kehilangan seorang isteri....Anak-anak kehilangan bonda tercinta...cucu-cucu  telah kehilangan opah tersayang...Semuanya milik Allah...Syukur kehadrat Allah kerana telah meminjamkan kami semua seorang isteri yang taat, ibu yang mithali dan Opah yang sangat prihatin..kami semua berada dibawah naungan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi..tidak ada cacat celanya dia sebagai seorang ibu...dialah mentor terbaik mama dalam rumah tangga..emak yang sentiasa berkongsi rasa dengan anaknya...sepanjang hidupnya dia sentiasa berkorban demi orang tersayang yang ada disekelilingnya...tidak pernah dia mengeluh susah dalam membesarkan kami lima beradik sebaliknya sering menceritakan cerita tentang indahnya kenangan saat dia membesarkan kami... itulah emak yang aku sayang..tiada rungutan atau rintihan...apatah lagi meminta2 ...Aku bahagia Allah pinjamkan dia sebagai emak buat kami semua...segala pesanan dan ingatan mak..tetap akan dikenang dan dijadikan panduan sepanjang hidup ini. 













0 comments: