CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

falling love

Friday, February 13, 2015

Kenangan terakhir...



Hari pertunangan Angah....inilah pertemuan terakhir kak long bersama emak..gambar ni kak long yang ambil...Almarhumah sempat menyarung cincin buat bakal menantunya...

senyuman seorang emak untuk bakal menantunya....










Belasungkawa...




BELASUNGKAWA BUAT BONDA TERCINTA
7 DIS 1954 - 6 FEB  2015
Al -FATIHAH

Bonda tercita telah pergi mengadap Illahi pada subuh 6 februari 2015 iaitu subuh jumaat yang lalu..pemergiannya sangat meruntun hati kecil kerana masih rindu dan tidak puas lagi untuk memanggilnya dengan panggilan keramat 'emak'..tapi apakan daya takdir Allah menentukan segalanya...emak kau pergi jua...moga Allah tempatkan emak di syurgaNya..dan semoga emak ditempatkan  bersama-sama golongan orang yang beriman dan beramal soleh..Kak Long rindu mak...Tapi Allah lebih lagi...tenang dan damailah emak di sana...Kami pasti menyusul....

emak sewaktu hendak berlepas untuk umrah kali kedua....


Mama disamping orang2 yang tersayang...Abah,Emak dan opah


saat manis mama opah dan sweetie ..kami gelar ladies outing..cucu yang kehilangan opah tersayang

menangis hati kecil ni...bila menatap mu emak...

emak dan abah sewaktu adik bongsu kemalangan...

dinner bersama


kenangan semasa kenduri cousin..

Abah dan emaklah syurgaku...


Thursday, February 5, 2015

Anak bujang saya...

This year anak bujang mama dah naik form two..my smartie..memang dah makin kacak ni...ada secret admirer lagi...tapi susah nor nak ambil gambar dia...camera shy...moga abang makin Berjaya selepas ni..be a good boy..mama dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang..
 




 
hobi baru smartie..
 
 dah mula tutup muka






Anak dara saya...

 
Tahun 2015..anak dara or my sweetie dah naik tahun 3...dah terserlah keayuannya..mama harap adik dapat jadi anak yang baik dan soleh..mama dan papa sentiasa mendoakan kejayaan adik didunia dan akhirat..moga Allah permudahkan segala urusan anak-anak mama.
 




 
sempat gak pos ngan papa di ECM




 
menjengah abang di hujung minggu..di asrama


 
di rumah Atuk

 
masuk NST...book worms.
 
bukti memang suka beli buku..hari2 dok kat POPULAR pun takpe..




HIJRAH LAGI...2015

 
PADA 16.12 2014 mama telah melapor diri ke sekolah baru...SK Jaya Gading, Kuantan..mama telah diberi amanah yang lebih berat untuk dijalankan..mama telah berubah position dari GPM kepada GPK HEM...Alhamdulillah..mama akan cuba memberikan khidmat yang terbaik seperti yang telah diamanahkan..Aminnn..maaflah jika lama tidak dapat membaca coretan mama..mama sedang dalam proses adaptation dengan post baru ni..Apapun mama memang happy mencuba sesuatu yang baru..setelah 7 tahun menjadi KP panitia sains, pernah menjadi JU sains...kemudian mencari cabaran baru dengan menceburi bidang perpustakaan dengan post Guru perpustakaan dan media...setelah mengikuti kursus asas, pertengahan dan lanjutan....menjadi guru cemerlang sains pada tahun 2008 dan akhirnya mama masuk pulak ke bidang pengurusan sekolah iaitu Hal Ehwal murid...Apapun doakan yang terbaik untuk mama..
 
 
Gambar dibawah ialah sempena lawatan Datin Seri Rosmah Mansor ke sekolah mama pada 15.1.2015..cabaran betul.. baru posting dah dapat satu tugasan yang memberi banyak pengalaman kepada mama dalam membantu Guru Besar untuk menguruskan kedatangan tetamu VVIP..apapun Alhamdulillah..dapat berjalan dengan lancer.