CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

falling love

Sunday, March 22, 2015

Cuti dan Kenduri

 
 
Kenduri  cousin di parit Haji Taib , Bagan serai...so we stay dekat Bukit Merah lake town resort...
H & R crews seme lepak bersama...Spend time with our big family..
 




















Wednesday, March 4, 2015

Sakitnya rasa....


 
 
 
 
 
ALFATIHAH BUAT BONDA TERSAYANG
 
 


Sakitnya rasa jiwa dan perasaan ini bila kita ditinggalkan oleh orang yang sangat kita sayang...Jannah yang telah dibawa pergi...telah 26 hari bonda meninggalkan kami semua menjadi anak2 yatim yang dahagakan panggillan keramat "emak". Masih terngiang-ngiang suara bonda di telinga apabila menelefonnya saban minggu..rindu kata-katanya....mak sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 dan cucu2 emak...

Hati bertambah sayu bila keluar kemana-mana..bila nampak orang tua yang seusia dengan mak..rasa rindu pada emak menerjah2 perasaan ini...apakan daya, takdir Allah mengatasi segala-galanya...walau sehebat manapun kasih sayang kita pada emak.....hebat lagi Kasih Allah pada hambanya...mama cuba belajar sabar dan redha menempuh semua ini...

Ya Allah, ampunilah dosa ibuku...tempatkanlah dia dikalangan orang -orang yang beriman dan beramal soleh, kau masukkanlah dia ke dalam Jannah..terangilah dan lapangkanlah barzahnya ya Allah..Kami pasti menyusul...Aminnn ya Rab..

Tahun 2015 adalah tahun duka buat kami sekeluarga...


Abah yang tersayang....Abah yang mencari kekuatan...
 

Friday, February 13, 2015

CEria yang telah di bawa....



Mak memang seorang ceria..tapi ceria itu telah dibawa bersama...















kenangan itu...sedih dan pilu...












Selamat Jalan Bonda...damai dan tenanglah disana...















Tabahlah wahai Abah


6.2.2015...16 rabiulakhir
Hari ini seorang suami kehilangan seorang isteri....Anak-anak kehilangan bonda tercinta...cucu-cucu  telah kehilangan opah tersayang...Semuanya milik Allah...Syukur kehadrat Allah kerana telah meminjamkan kami semua seorang isteri yang taat, ibu yang mithali dan Opah yang sangat prihatin..kami semua berada dibawah naungan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi..tidak ada cacat celanya dia sebagai seorang ibu...dialah mentor terbaik mama dalam rumah tangga..emak yang sentiasa berkongsi rasa dengan anaknya...sepanjang hidupnya dia sentiasa berkorban demi orang tersayang yang ada disekelilingnya...tidak pernah dia mengeluh susah dalam membesarkan kami lima beradik sebaliknya sering menceritakan cerita tentang indahnya kenangan saat dia membesarkan kami... itulah emak yang aku sayang..tiada rungutan atau rintihan...apatah lagi meminta2 ...Aku bahagia Allah pinjamkan dia sebagai emak buat kami semua...segala pesanan dan ingatan mak..tetap akan dikenang dan dijadikan panduan sepanjang hidup ini.