Balik dari Gemas terus lepak kat seremban dua dan pegi Nilai...Balik tu tetiba je papa D kata mai kita singgah tgk sekolah mama dolu2. Inilah sekolah pertama mama...mama bersekolah di sekolah kebangsaan kota perdana pada tahun 1982.Mama bersekolah disini selama 3 bulan sahaja sebelum mama berpindah mengikut keluarga ke Sekolah kebangsaan sri Besout. Tetapi disinilah mama mengenal alam persekolahan.
Pandangan depan sekolah
Inilah bangunan asal sekolah mama...masih ada lagi setelah 30 tahun berlalu...Kelas mama di tepi sekali dekat lukisan mural tu.....
mama rasa touching sangat....kenangan di zaman kanak2 datang semula...
0 comments:
Post a Comment