Minggu ni mama berkursus selama 4 hari di BTPN Pahang. Kursus untuk GPM peringkat negeri Pahang. Setiap hari kursus abis kul 10.00 malam tapi mama still balik rumah.Setiap kali mama balik anak-anak seme dah tido..yang buat mama terharu ialah ...tengok nota yang di tulis oleh adik buat mama...good night mama, sleeptight mama, assalamualaikum, i love you,semoga mama berjaya, muah..muah..muah..daripada arifah 1 bijak untuk mama...mama pun sayang adik..muah..muah..tu yang buat mama rindu kan rumah...tak boleh nak berenggang ngan anak2...siap adik letak kat bilik tidur mama lagi...tulisan dah makin okay sejak masuk tahun satu...
lokasi memo tuk mama diletakkan di bilik mama...so bila mama nak landing jer terus nampak memo tu..my girl..my girl...
tengok apa yang mama dah buat..surat khabar pun mama jahit..memang kira2 tailor profesionallah..sebab kertas pun jahit...ni lah sebahagian daripada slot yang mama lalui semasa kursus ni..bagaimana menjilid buku atau majalah serta surat khabar.
nampak tak jarum yang digunakan..besarkan...jahit orang pun boleh ni...
mama yang sedang tekun menjahit..jangan tercucuk jarum sudahlah mama...
0 comments:
Post a Comment