DEDIKASI BUAT CIKGU TERSAYANG
Sabtu lepas 7.6.2014..mama memenuhi jemputan dari bekas guru mama semasa di sekolah rendah, Puan Che Normah Binti Abu Bakar..walimatul urus anak perempuan sulungnya...di Kampar, Perak.
Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama cikgu Normah ni...semasa mama bersekolah rendah mama memang seorang yang sangat aktif..selalu masuk nursery rhyme, story telling,essay writing competition,bercerita dan lakonan..sajak, nasyid dan banyak lagi...tapi yang paling mencipta kenangan terindah apabila dari darjah empat sampai darjah enam mama sentiasa mewakili sekolah untuk ke pertandingan bercerita peringkat daerah batang padang. Pada tahun 1986, mama Berjaya mewakili daerah ke pertandingan bercerita peringkat negeri Perak..walaupun hanya mendapat saguhati...tapi pendedahan itu banyak memberi ilmu kepada mama...memberikan mama keyakinan diri, berani , jati diri dan banyak lagi..siapa di belakang mama selain Tok Wan dan Opah...
Inilah orangnya, mama takkan lupa jasanya pada mama...sering memberi motivasi buat diri mama..kata-kata semangat..the true teacher...love you cikgu...sayang sangattt..teringat masa darjah empat, selalu tidur rumah cikgu..cikgu sikatkan rambut..even cikgu pernah potongkan kuku tangan dan kaki saya..tengokkan kerja sekolah ..camana lagi nak cari sorang guru seperti ini..even mama seorang guru pun masih tak mampu buat camtu....mama sangat terhutang budi dengan dia..
happy sangat dapat jumpa cikgu....
The happiest moment ever...
semoga cikgu sihat dan bahagia selamanya...sayang selalu...jasamu tak dapat di balas dengan wang dan ringgit..
0 comments:
Post a Comment