CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

falling love

Wednesday, January 22, 2014

My only son...

 
 
 
This entry dedicated to my son..actually terlalu banyak kenangan manis 2013 untuk dikenang...Especially untuk anak lelaki mama ni...tahun lepas abang menduduki UPSR....mama  sebenarnya mengambil masa untuk memasukkan entri ni..kerana takut anak mama terasa...Tapi..akhirnya mama tahu abang seorang anak yang kuat dan tabah...this is not the end of the world...mama nampak garis kekecewaan pada raut wajah abang...tapi ..setiap orang ujiannya berbeza.....kejayaan yang dikecapi selepas melalui kegagalan adalah lebih besar maknanya...sepanjang tahun 2013 setiap kali abang periksa..abang sentiasa mendapat 5A atau 4A 1B..hinggakan trial pun abang masih mendapat 5A...tapi itulah...Allah sentiasa menguji hambaNya...even mama juga terasa diuji.......abang berjaya mendapat 3A 2B...takpe bang...masih ada jalan untuk abang berjaya di masa depan...mama lihat usaha abang..walaupun abang diuji dengan patah tulang selangka dan menghadapi asma disaat2 menjelang UPSR..tapi abang tetap memperoleh 3A 2B..mama proud of you...
 
so, now abang dah form one dalam rancangan khas bahasa arab...mama harap abang dapat melipat gandakan usaha... kejayaan yang sebenarnya ialah apabila individu itu berjaya mengatasi kegagalan yang lalu.....lepas ni abang kenalah lebihkan usaha....
 
Kejayaan itu besar maknanya..bukan hanya pencapaian akademik...tetapi merangkumi nilai sahsiah....budi bahasa yang tinggi...itulah  nilai yang semakin hilang pada generasi Y sekarang..mama harap abang dapat menjadi seorang yang berjaya dalam semua bidang...jadilah orang yang bukan hanya pandai belajar tetapi juga baik dalam sahsiah dan adab...jadilah resmi padi makin tunduk makin berisi..ibarat ular menyusur akar...tidak akan hilang bisanya.....abang perlu bangkit semula..masih terlalu banyak jalan untuk abang lalui..bukan ini penamatnya...mama tahu abang seorang yang kuat ........
 
mama tahu abang akan baca entri ni..so, don't worry...my son..there is a long journey in front of you...so..be strong....be humble and be wise.......





0 comments: